Monday, March 19, 2007

Wow kreatifnya...^_^

TAK TERGABUNG,
TAK TERJALIN .......




Dalam pengajaran kita, perlu ada penggabung jalinan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran yang menarik. Masih lagi dalam tajuk yang sama. Kali ini saya suntikkan elemen Pendidikan Seni dalam pengajaran saya.
Dalam ' Nombor Sana-Sini....;-)' saya telah mencadangkan supaya rakan guru meminta murid melukis nombor mengikut kreativiti masing-masing. Pengajaran itu juga menyuntik elemen pendidikan seni tetapi berbeza daripada segi kemahiran. Pengajaran tersebut menggunakan kemahiran melakar dan mewarna.

Kali ini saya cuba pula mencadangkan rakan guru mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan satu kolaj daripada bahan-bahan yang mereka pilih sendiri. Di sini saya mencadangkan murid menggunakan butang yang berbagai warna, kertas warna dan manik.



Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 'kolaj nombor'
Kertas lukisan atau kertas keras ( kadbod )

Kertas warna, butang, manik
Gam dan gunting
Renda atau reben
Cara menghasilkannya


Murid melukis lakaran nombor di atas kertas lukisan atau kadbod masing-masing
Setelah siap, tampalkan kertas warna, butang atau manik pada lakaran itu tadi
Hiaskan dengan renda atau reben


Peristiwa Di Sebalik Nombor


Tiada penghujungnya.............

Sambungan P&P yang lalu............

Contoh hasil kerja murid pada minggu lalu....


Menggunakan hasil kerja murid yang sama, guru membimbing murid bercerita melalui nombor yang mereka lukis


Contoh : -




Lukisan di atas menunjukkan ' number 5'
Apa yang berlaku pada ' number 5' ? Murid boleh tulis pelbagai peristiwayang berlaku atau sebarang benda yang berkaitan dengan ' number 5 ' .

Contohnya : -
My birthday
I like number 5
I have 5 pencils


Sunday, March 18, 2007

Nombor Sana-Sini.........;-)


Secangkir Kata, Seuntai Bicara......
Saya adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah rendah luar bandar. Seperti mana yang masyarakat ketahui, mata pelajaran Matematik sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris. Bagi masyarakat luar bandar, Bahasa Inggeris agak asing bagi mereka. Mereka pernah mendengarnya di televisyen ataupun melalui radio. Tetapi tidak pernah menggunakannya dalam perbualan harian mereka. Bukan sahaja masyarakat luar bandar, malah di bandar juga ada yang masih terpinggir dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Masalah yang sering saya hadapi di sekolah, segelintir murid-murid tidak minat belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Untuk permulaan, saya ingin berkongsi satu alternatif untuk menggalalakkan murid-murid minat untuk mendalami ilmu Matematik khususnya dalam Bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, cara ini amat sesuai dipraktikkan pada peringkat awal kanak-kanak. Seawal umur 3 tahun hingga 7 tahun mereka boleh didedahkan dengan corak pembelajaran yang akan saya bincangkan ini....

Permulaan Kata Bermula Cerita

Alternatif yang ingin saya perkenalkan ialah, dataran nombor. Idea saya ini diilhamkan daripada laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland. Dalam website ini, saya dapati bahawa, untuk mendatangkan minat kanak-kanak dalam matematik, mereka mestilah mengenali nombor dahulu. Aplikasi yang diperkenalkan dalam NUMBERLAND ialah kekotak nombor yang mempunyai cerita tersendiri. Untuk rujukan, rakan-rakan guru boleh melayar laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland . Laman web ini sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan rujukan bukan sahaja kepada guru. Malah anak-anak juga.

Mengikut sukatan pelajaran Matematik Tahun 1, Learning Area yang pertama ialah Whole Numbers Up To 10. Learning outcome yang pertama ialah ' Say and write numbers up to 10'. Untuk Tahun 1, guru perlu mengajar langkah demi langkah. ini adalah cadangan saya untuk langkah yang kedua iaitu " Write any numbers up to 10'.
Cadangan rancangan pengajaran harian:-
Guru mengedarkan sehelai kertas lukisan kepada setiap murid

Guru meminta murid menulis/melukis sebarang nombor mengikut kreativiti
masing-masing di atas kertas yang diberikan tadi
Contoh :


  • Selepas murid selesai melakarkan lukisan mereka, guru memilih salah satu daripada lukisan tersebut
  • Katakan guru memilih lukisan bernombor 5. Ceritakan apa yang boleh dikaitkan dengan ' number 5 '


Contoh :
The human body has 5 senses - touch, sight, hearing, smell and taste.



At the age of 5 in Britain you: have to start going to school