Secangkir Kata, Seuntai Bicara......
Saya adalah seorang guru yang mengajar mata pelajaran Matematik di sekolah rendah luar bandar. Seperti mana yang masyarakat ketahui, mata pelajaran Matematik sekarang diajar dalam Bahasa Inggeris. Bagi masyarakat luar bandar, Bahasa Inggeris agak asing bagi mereka. Mereka pernah mendengarnya di televisyen ataupun melalui radio. Tetapi tidak pernah menggunakannya dalam perbualan harian mereka. Bukan sahaja masyarakat luar bandar, malah di bandar juga ada yang masih terpinggir dengan penggunaan Bahasa Inggeris. Masalah yang sering saya hadapi di sekolah, segelintir murid-murid tidak minat belajar Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Untuk permulaan, saya ingin berkongsi satu alternatif untuk menggalalakkan murid-murid minat untuk mendalami ilmu Matematik khususnya dalam Bahasa Inggeris. Pada pandangan saya, cara ini amat sesuai dipraktikkan pada peringkat awal kanak-kanak. Seawal umur 3 tahun hingga 7 tahun mereka boleh didedahkan dengan corak pembelajaran yang akan saya bincangkan ini....
Permulaan Kata Bermula Cerita
Alternatif yang ingin saya perkenalkan ialah, dataran nombor. Idea saya ini diilhamkan daripada laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland. Dalam website ini, saya dapati bahawa, untuk mendatangkan minat kanak-kanak dalam matematik, mereka mestilah mengenali nombor dahulu. Aplikasi yang diperkenalkan dalam NUMBERLAND ialah kekotak nombor yang mempunyai cerita tersendiri. Untuk rujukan, rakan-rakan guru boleh melayar laman web http://www.mathsyear2000.org/numberland . Laman web ini sangat menarik dan sesuai dijadikan bahan rujukan bukan sahaja kepada guru. Malah anak-anak juga.
Mengikut sukatan pelajaran Matematik Tahun 1, Learning Area yang pertama ialah Whole Numbers Up To 10. Learning outcome yang pertama ialah ' Say and write numbers up to 10'. Untuk Tahun 1, guru perlu mengajar langkah demi langkah. ini adalah cadangan saya untuk langkah yang kedua iaitu " Write any numbers up to 10'.
Cadangan rancangan pengajaran harian:-
Guru mengedarkan sehelai kertas lukisan kepada setiap murid
Guru meminta murid menulis/melukis sebarang nombor mengikut kreativiti
masing-masing di atas kertas yang diberikan tadi
Contoh :

- Selepas murid selesai melakarkan lukisan mereka, guru memilih salah satu daripada lukisan tersebut
- Katakan guru memilih lukisan bernombor 5. Ceritakan apa yang boleh dikaitkan dengan ' number 5 '
Contoh :
The human body has 5 senses - touch, sight, hearing, smell and taste.
At the age of 5 in Britain you: have to start going to school
1 comment:
Blog adik menarik. Cuma pada pendapat akak boleh besarkan sikit tulisan. Akak nie kalau kecil susah sikit nak baca. Tapi tahniah, adik hasilkan satu blog yang kreatif!
Post a Comment