TAK TERGABUNG,
TAK TERJALIN .......
Dalam pengajaran kita, perlu ada penggabung jalinan untuk menghasilkan satu bentuk pengajaran yang menarik. Masih lagi dalam tajuk yang sama. Kali ini saya suntikkan elemen Pendidikan Seni dalam pengajaran saya.
Dalam ' Nombor Sana-Sini....;-)' saya telah mencadangkan supaya rakan guru meminta murid melukis nombor mengikut kreativiti masing-masing. Pengajaran itu juga menyuntik elemen pendidikan seni tetapi berbeza daripada segi kemahiran. Pengajaran tersebut menggunakan kemahiran melakar dan mewarna.
Kali ini saya cuba pula mencadangkan rakan guru mencungkil bakat pelajar untuk menghasilkan satu kolaj daripada bahan-bahan yang mereka pilih sendiri. Di sini saya mencadangkan murid menggunakan butang yang berbagai warna, kertas warna dan manik.
Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan 'kolaj nombor'
Kertas lukisan atau kertas keras ( kadbod )
Kertas warna, butang, manik
Gam dan gunting
Renda atau reben
Cara menghasilkannya
Murid melukis lakaran nombor di atas kertas lukisan atau kadbod masing-masing
Setelah siap, tampalkan kertas warna, butang atau manik pada lakaran itu tadi
Hiaskan dengan renda atau reben
4 comments:
Tahniah kerana mempunyai blog sendiri dan jangan tamatkan pencarian ilmu anda hanya semasa kursus sahaja....teruskan...Kalau boleh padanan warna font dan latar belakang biarlah orang lain boleh membaca
salam ziarah....mencari2 'shout box' tapi x jumpa, leave komen kat sini je la ek....ekceli blog yang menarik...brilliant! keep in touch sis!
salam cikgu, selamat petang semoga apa yang dirancang berjalan dengan baik dan sempurna, tahniah coz comeup with brilliant idea
Salam Ziarah
http://babyandgirlscollection.blogspot.com
Thanks
Post a Comment